Showing posts with label AKADEMIK. Show all posts
Showing posts with label AKADEMIK. Show all posts

PERMOHONAN KEMASUKAN IPTA & ILK 2012/2013


Sebelum memohon:

  • Pastikan anda telah mempunyai nombor Unik ID [ SLIP BSN ]
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
    [ PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN ]
  • Pastikan anda membaca setiap manual pengguna bagi pengisian borang permohonan.
    [ MANUAL PENGGUNA ]
  • Sila kenalpasti Kategori Anda
    Kategori
    Keterangan
    Kategori A
    Pemohon Lepasan SPM 2011
    Kategori B
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2010 atau 2009
    Kategori C
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
    Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau,
    SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.
  • Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]
  • Calon yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengemukakan PERMOHONAN FASA 2.
  • Calon yang telah LUPA KATA LALUAN yang telah diisi semasa Fasa 1 boleh mengisi kata laluan baru di menu PERMOHONAN .

Semasa mengemukakan permohonan:
  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
  • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Selepas memohon:

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.
Semua mmurid lepasan yang berminat diminta mengambil tindakan segera, sekian.







MASA :
TEMPAT :



SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011


Oleh: Hayati Ibrahim – ya_t@hmetro.com.my
spm07.jpg
PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.
Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?
Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.
Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.
Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A.
Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.
“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.
“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.
Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.
Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.
“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran.
“Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,” katanya.
Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.
Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.
Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.
Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.
“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.
“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.
Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.
“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.
“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya.

PMR....SPM 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat kembali ke sekolah. Berpuasa sudah beraya pun sudah bercuti pun sudah ingat jangan lupa peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang tiba. Bagaimana dengan persediaan anda semua ? Dah Bersedia ?
Terlebih dahulu saya memohon maaf sebab dah lama tak "update" blog ni disebabkan kesuntukan masa. Insya allah selepas ni pasukan PRS yang dipilih akan sentiasa memuatkan maklumat terkini di bawah pemantauan saya. Jadi jangan lupa sebarkan maklumat yang diperolehi daripada blog ni kepada kawan-kawan. Sampai berjumpa lagiiii.

" WE ARE FAMILY "

RESEPI KEJAYAAN


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
" WE ARE FAMILY "

PANDUAN MEMBUAT RAYUAN KEMASUKAN KE SEK.MEN TEKNIK/VOKASIONAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar ? Tahniah diucapkan kepada anda yang telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik dan vokasional. Bagi mereka yang tidak mendapat tawaran jangan putus asa. Anda boleh membuat rayuan untuk permohonan kemasukan. Tapi bagaimana ? Jangan risau, saya akan memberi panduan yang mungkin boleh membantu anda. Untuk pengetahuan pelajar kemasukan ke sekolah teknik/vokasional ada beberapa peringkat. First intake, second intake dan seterusnya berdasarkan kekosongan sesuatu aliran. Jadi apa yang perlu dilakukan ?

1.Hubungi SMT/V berhampiran untuk mengetahui sekiranya terdapat kekosongan. Sekiranya ada anda boleh tuliskan surat rayuan.

2.Tulis surat rayuan, sertakan salinan percubaan PMR dan salinan My Kad. Kalau ada sijil ko-kurikulum pun boleh disertakan sebagai dokumen sokongan. Jangan lupa sahkan setiap salinan.

3.Kalau dapat walk in ( terus ke sekolah berkenaan ). Hantar "by hand."

4.Sekiranya jauh boleh terus pos atau fax kan surat permohonan.

5.Pastikan sekolah berkenaan masih betul-betul terdapat kekosongan. Jika tidak usaha anda sia-sia sahaja.

Surat rayuan hanya akan diproses selepas 6.1.2011 jika masih terdapat kekosongan. Walaubagaima pun anda boleh bertindak sekarang.

Maklumat di atas hanya sebagai panduan sahaja. Sekiranya terdapat kekeliruan anda boleh terus menghubungi SMT/V berhampiran. Semoga berjaya.


PERANCANGAN AKTIVITI SELEPAS PMR

13.10.2010 ( Rabu )
-Taklimat kemasukan pelajar ke tingkatan 4.
-Kembara Bahasa

14.10.2010 ( Khamis )
-Pemulangan buku teks.
-Tayangan video/permainan dalaman.

15.10.2010 ( Jumaat )
-Peluang pendidikan di Kolej Komuniti.

18.10.2010 ( Isnin )
-Ceramah Gaya Hidup Sihat.
-Program Bersama Papermate.

19.10.2010 ( Selasa )
-Taklimat Kemasukan Ke Sekolah Teknik/Vokasional
-Pendaftaran On Line

20.10.2010 ( Rabu )
-Eksplorasi Sains dan Matematik.

21.10.2010 ( Khamis )
-Pertandingan memasak.
-Tayangan video/permainan dalaman.

22.10.2010 ( Jumaat )
-Slot sentuhan kerohanian.

25.10.2010 - 26.10.2010 ( Isnin-Selasa )
-Pertandingan permainan dalaman/tayangan video.
-Latihan kebudayaan.

27.10.2010 ( Rabu )
-Pertandingan permainan dalaman/tayangan video.
-Latihan kebudayaan.

28.10.2010 ( Khamis )
-Lawatan ke IKIM FM dan Muzium Kesenian Islam.
-Permainan galah panjang.

29.10.2010 ( Jumaat )
-Permainan "rounders".

1.11.2010 - 2.11.2010 ( Isnin-Selasa )
-Pertandingan "Kapten ball".
-Perlawanan futsal.

8.11.2010 - 10.11.2010 ( Isnin-Rabu )
-Sukan Paint Balll

11.11.2010 ( Khamis )
-Pertandingan akhir seni dan kebudayaan.
-Jualan hari usahawan muda tingkatan 3.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2010

Tarikh: 04.01.2010
Lokasi: SMK Bukit Indah
Masa: 7.30-1.50




Pada hari ini, sesi persekolahan 2010 telah bermula dan kebanyakkan pelajar SMK Bukit Indah berada dalam keadaan yang sempurna dan sihat sejahtera. Sekolah berjalan dengan lancar bersama-sama dengan pengetua kami yang baru iaitu Encik Sajoli Bin Masdor yang telah mengambil alih jawatan Pengetua SMK Bukit Indah atau lebih dikenali SEMINDA. Berkemungkinan Encik Sajoli tidak begitu serasi dengan persekitaran seminda dan berharap Encik dapat membiasakan diri dengan suasana di SEMINDA . Kami warga SEMINDA ingin mengucapkan "Selamat Datang kepada Encik Sajoli Bin Masdor" :) Kami berharap Encik tidak memandang rendah terhadap sikap kami. Kami berharap Encik bersabar dengan kami dan dapat menerima kami sebagai keluarga Encik yang baharu. :)