LATAR BELAKANG SEKOLAH




Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah Sekolah  mula dibina pada tahun 1996 di kawasan perumahan Bukit Indah, Ampang. Sekolah ini telah dibuka pada bulan Disember 1998.Pendaftaran pelajar-pelajar perintis bermula pada 21 hingga 28 Disember 1998. Jumlah pelajar yang mendaftar ialah seramai 268 orang iaitu dengan bilangan 258 orang pelajar Tingkatan 1 dan 10 orang pelajar Tingkatan Peralihan. Bilangan pelajar-pelajar ini telah memulakan sesi persekolahan secara rasmi di SMK Bukit Indah pada 4 Januari 1999.
Secara purata, jumlah pelajar telah meningkat kepada 1303 orang pelajar pada April 2003 dengan kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di samping mempunyai 63 orang tenaga pengajar.

 
Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan 3 tingkat iaitu Balai Anggerik, Anjung Bakawali, Anjung Cempaka dan Anjung Dahlia.

Di Balai Anggerik ini terdapat ruang pejabat, kelas-kelas tingkatan, Pusat Sumber Guru, Bilik Wawasan dan Bilik Kaunseling. Di Anjung Bakawali pula, terdapat kelas-kelas tingkatan, Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Guru. Manakala di Anjung Cempaka pula terdapat makmal-makmal Sains, kantin, bilik APD, Studio Seni. Bagi blok terakhir iaitu Anjung Dahlia menempatkan kelas-kelas tingkatan, Bilik Teknologi Kejuruteraan dan Bengkel-Bengkel Kemahiran Hidup.

No comments: